Friday, December 4, 2009

Ardent Edukit Press Release (MALAY)

Sesuai dengan mottonya, fun science kit in a box, produk Arentedukit ini bakal mencetuskan dimensi baru pendidikan dalam permainan bagi kanak-kanak dan remaja di Malaysia.

Pembelajaran sains di sekolah tidak dipisahkan dengan melakukan eksperimen dan juga ujikaji. Para pelajar akan dapat memahami sesuatu tajuk atau topik sains itu dengan lebih mendalam dengan melakukan eksperimen dan ujikaji. Hipotesis dan kesimpulan dari eksperimen yang dijalankan akan memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar berkenaan satu-satu konsep atau teori sains yang dipelajari di dalam kelas. Namun demikian eksperimen dan ujikaji ini kebiasaannya hanya dapat dijalankan di makmal-makmal sekolah yang memerlukan peruntukan masa dan pengawasan guru yang tertentu.

Bertitik tolak dari slogan untuk pengalaman pembelajaran yang lebih baik, Ardent Educational Consultants Sdn Bhd mengorak langkah menghasilkan produk kit permainan berasaskan sains dibawah jenama Ardent Edukit. Ardent Edukit merupakan jenama rangkaian permainan berasaskan eksperimen dan pembelajaran sains yang pertama di Malaysia. Melalui kit-kit eksperimen sains Ardent Edukit ini, para pelajar dapat membuat aktiviti eksperimen sains di rumah menggunakan peralatan-peralatan yang disediakan. Ini secara tidak langsung dapat mempromosikan budaya pembelajaran secara holistik yang menggabungkan pengetahuan, fungsi dan aplikasi berkenaan sesuatu cabang ilmu sains. Ia juga mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi para pelajar dalam mempelajari bidang-bidang berkaitan sains.

Bagi para guru,pendidik dan ibu bapa, produk dan kit eksperimen Ardent Edukit merupakan alat bantu mengajar yang sangat sesuai untuk digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar waktu persekolahan. Ia amat sesuai digunakan sebagai medium bagi merancakkan lagi aktiviti pengkayaan sains di sekolah mahupun di rumah. Di sekolah, produk-produk Ardent Edukit dapat dijadikan bahan aktiviti untuk Kelab Sains dan Rekacipta. Jika sebelum ini para ibu bapa seringkali tercari-cari produk-produk pembelajaran yang mudah dan sesuai digunakan untuk aktiviti rekreasi bersama ahli keluarga, penggunaan Ardent Edukit mampu memberikan kelainan dalam slot-slot kanak-kanak semasa parti hari jadi dan hari keluarga.

Produk Ardent Edukit ini direka dan dibangunkan sesuai untuk para pelajar bermula seawal dari 7 tahun ke atas. Berkonsepkan pembelajaran sains adalah sesuatu yang menyeronokkan, Ardent Edukit tampil dengan produk sulungnya yang diberi nama Ardent Gooey Slime Edukit.

Kit eksperimen berasaskan aplikasi teori penggabungan polymer ini sesuai untuk pendedahan awal kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah berkenaan ilmu sains kimia. Ia dapat memberikan gambaran awal bahawa pembelajaran berasaskan sains dan teknologi tidak susah, malah menyeronokkan. Kit ini didatangkan lengkap dengan peralatan untuk pelajar mencuba sendiri eksperimen sains ini dirumah atau dimana-mana sahaja.

Disamping itu Ardent Edukit juga bakal tampil dengan pelbagai produk dan kit eksperimen berasaskan sains pada awal 2010 nanti.Produk-produk seperti CSI Forensic Investigation Kit, Carbonate Explosion, Water Rocket dan Frutty Electronic Clock bakal menjadi ikon baru permainan kanak-kanak dan remaja.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi muda yang celik sains dan teknologi, produk-produk Ardent Edukit bakal memberikan dimensi dan cara baru bagi pelajar untuk mempelajari sains; iaitu dengan mengaplikasikan terus pengetahuan yang diperolehi melalui pembelajaran di dalam kelas, pembacaan mahupun pemerhatian.

Berhasrat menjadikan produk dan kit eksperimen Ardent Edukit mampu dimiliki oleh setiap pelajar, harga produk ini bermula dari MYR 12.00 dan ke atas. Bagi produk sulung Ardent Edukit , setiap kotak Ardent Gooey Slime Edukit. berharga MYR 28.90 dan boleh dibeli terus dari pihak Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd dengan menelefon di talian 03-4147 3985 atau melalui email kepada info@ardentedu.com. Produk ini juga akan mula berada di pasaran bermula 2010. Ikuti perkembangan Ardent Edukit dengan melayari www.ardent-edukit.blogspot.com atau www.funsciencekit.com

1 comments: